Thursday, March 17, 2011

Beware Of Needles

Bismillah..

"Sukati arr nk caya atau x..."

Oh noo...ni bukan masalah suka suki kite nak percaya bila sampai masalah akidah atau penafsiran kitab suci Al-Quran..kedua2nya benda serius..Aku masih ingat lagi dalam sebuah ceramah yg disampaikan oleh Syeikh Nabil al-Iskandari pada bulan ramadhan taun lpas di masjid dzunnurain (x jauh sgt dar tmpat demonstrasi skang...) bile die mengatakan "siapa yg menafsirkan Quran dalam keadaan x tahu, maka dia tetap berdosa walaupun tafsiran tu betul.." dengan bersandarkan salah satu kata2 saidina Abu Bakar (yg aku lupe ape dienyer..otl..)

Ah..pehal nih? tetiba masuk tafsir ni..??

Ohh..xde...aku bkan pe..Aku bersedih jugak bila dengar jepun kene tsunami...tapi aku rasa lagi sedih dengan umat Islam yg berkata, "subhanallah, hebat tul Quran" selepas membaca note Tsunami jepun dalam Quran tuh..

Aku copy past jelah kat sini, utk org yg x baca lagi..



"Tsunami JEPUN Di sebalik ALQURAN

1. Tarikh yg berlaku adalah pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.

2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.

3. Jawapanya Juzuk ke 14 Quran.

4. Dan bulan 4.

Rahsia angka tahun ini : Jujuz 14 Ayat Quran ke 4.

Rujuk di Quran.

1. Juzuk 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah AL Hijir menyatakan

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".

2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)

so dlm 1432, 14 dh di ketahui Juzuk Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.

di ambil pula lokasi latititude dan longitude.

3+6+1+3+8 = 21

so next 2+1 = 3

proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.

Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53

maka 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30

so next 3+0 = 3.

*proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6

masa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..

so 1+4+4+6 =15

so next 1+5 = 6

*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang di nyatakan tetap berlaku. walaupun sudah berabad kitab Quran di turunkan.

6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.

7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya

8. WauAllahhu Allam.

Di persilakan untuk share. bg mengingati kite kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat."

*****

Aku cuba check balik kepada rujukan yg ade kt bookshelf aku..antaranya Qabsul Munir: Ringkasan pada Tafsir Ibnu Kathir oleh Doktor Muhammad Sulaiman Al-Asyqar dan Sofwat At-Tafsir karangan Doktor Ali As-Shobuni ..


Rata2 sumernya mengatakan yang Qaryah atau kampung atau bandar dalam ayat ni merujuk kepada mana-mana bandar tanpa dikhususkan yg mana satu..kalo ade pun, ditujukan kepada kaum kuffar mekah...

Selain daripada perkataan "Qaryah" tu sendiri yang x diletakkan "Al" sblnya (bermakna, perkataan tu am..bukan cam Al-Qaryah/ The Village) ulama pun rata2 menggunakan formula "Al-I'brah bi umumil lafz..la bikhusus as-sabab" (Ibarat (Ayat Quran) itu difahami dengan sifat am lafaznya, bukan dengan pengkhususan sebab turun)..


Bermakna, Qaryah kat sini adalah mana2 bumi, negara, benua yg dah sampai masa kehancurannya..Bukan dihadkan kepada Jepun sahaja...


*****


Seterusnya, jika dihalusi sikit lagi dalam note ni, kita akan nampak...dan utk yg ni, korang x perlu tau bahasa arab pun xpe..


KORANG PERASAN X YG NOTE NI ACTUALLY LEBIH MENAFSIRKAN "1432" INSTEAD DARIPADA AYAT QURAN TU SENDIRI?


Ha ah....cuba2lah telitikan sikit lagi bila baca lagi sekali.

Kalo ditengokkan balik, hanya poin pertama yg ade citerkan ayat Quran...yang baki hanyalah tentang 1432...Jadi maknenya, note ni bukan le ttg Surah Al-Hijr..kan?

****

Kat sini die menyatakan yg hari pertama dalam Islam adalah hari Jumaat...oh rly? mari kita bersama kembali kepada asal2 nama hari yg kita tau...

korang tau x mengira dalam bhasa arab? Jom kite kira sesama..

Satu= Wahid --> Ahad (Al-Ahad)

Dua=Isnain---> Isnin (Al-ithnain)

Tiga= Thalasa---> Selasa (Ath-Thulasa')

Empat= Arbaa'h---> Rabu (Al-Arbiaa')

Lima= Kamsa---> Khamis (Al-Khamiis)


Sabtu aku x tau daripada mana datang...mungking daripada rantaian tasrif "sabata, yasbutu, sabtan" bermakna tidur...or mungkin rehat..since bagi orang2 yahudi, perayaan dan hari rehat diorang adalah pada hari sabtu (sbb diorang kata Allah baru lepas siapkan langit dan bumi pada hari jumaat, jadi die letih dan rehat pada hari sabtu..lol, jgn caye lak..)

Still aku xtau la for sure...ni contradiction aku jer..(sila rujuk kembali)


Jumaat pulak diambil daripada asal perkataan "Jamaa' " iaitu mengumpul atau menyatukan...sebabnya, Allah mengumpulkan/menyatukan banyak benda pada hr tu, cth yg kita tau adalah bersatu semula Nabi Adam A.S. dengan Hawwa dan pengmpulan semua manusia di "bumi yang bukan bumi" pada HAri Kiamat..(yg ni aku dengar sendiri daripada doktor Muhammad bin Ali Al-Ghaili)


Kesimpulannya...


Hari Jumaat ADALAH HARI TERAKHIR DALAM MINGGU ISLAM....DAN HARI PERTAMA SEBENARNYA ADALAH HARI AHAD..


******


Aku belum matang lagi dalam subjek Tafsir ni, tapi aku tau betapa pentingnya utk berhati2 dalam menafsirkan kata2 Yg Maha Esa..yg tiada datang baginya batil dari depan mahupun belakangnya...tapi still, masih ada tafsiran2 yang lari jauh daripada asal makna seperti masa puak2 Syiah menafsirkan "Sapi Betina" yg disembelih dalam surah Al-Baqarah adalah Aisyah A.S. ...Dan ada juga tafsir2 yg bunyi cam best tapi ditolak oleh para Ulama...cthnya macam penafsiran yg dilakukan oleh puak mutasawwif (ahli2 sufi) utk ayat 249 surah Al-Baqarah jugak...yg mana Al-Qurtubi mengatakan:

"Alangkah indahnya tafsiran ini kalau tidak lari dari makna dan takwil yang soheh dan keluar daripada makna zahir ayat. Akan tetapi maknanya sahih jika selain daripada ini (bukan utk menafsirkan ayat ni)." (dipetik daripada Tafsir Al-Qurtubi)


Walaupun begitu, takde lagi aku pernah jumpa penafsiran yg main kira2 nombor ni, daripada tafsir2 Salaf (lama), Khalaf (Baru), yang Ahli sunnah, dan daripada firqah2 yg sesat macam Syia'h...


kalo ade pun, yg aku ingt, adalah yg cter macam mane tepatnye Quran meceritakan ketepatan pada tempoh masa Ashabul Kahfi tidur dan beza antara kiraan taun solar caledar dan lunar calendar dalam surah Al-Kahfi...tapi yg tu ilmu astrologi...bkan tilik2...


Kesimpulannya, tak ada pernah ulama mengunakan cara ni utk menafsirkan Kalamullah...

Melainkan kalo korang ade jumpa sebelum2 ni ulama yg besar atau shabat ke, ataupun Nabi S.A.W. sendiri yg ade pakai teknik ni utk tfsir Quran...gitaulah aku nama kitab die, ngn nama pengarang...aku nk cari..

***

Akhir skali....


Agama Islam ni indah bkan sbb miracle...keindahan Islam sebab hujjahnya...yang logik lagi berpangkal...dan setiap hujah lah ada asalnya either dari Quran sendiri, ataupun Sunnah dan kata2 Sahabat2, Tabiin atau Tabi' Tabii ..ridhwanullahi alaihim..

Jadi aku berseru kepada sesapa yg baca post blog ni, korang janganlah terus2 percaya note2 yang "Cap Islam"...instead korang check dan pastikan dulu dengan ustaz korang ker sape ke...

Dalam era yg penuh penipuan ni kita kadang2 xtau ape yg betul ataupun salah..

Jadi aku menyeru kepada sumer org supaya berhati2 dengan info "Islamic" yg korang terima...


Sentiasa refer balik kepada org yg lebih tahu...


"Jika kamu berbalah2 (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu kembali kepada (Kitab) Allah dan (Sunnah) Rasulnya (iaitu orang yg arif tentang kedua2nya) jika kamu benar beriman dengan Allah dan Hari Akhirat..yang demikian adalah lebih baik dan lebih elok kesudahannya" (surah An-Nisa' : Ayat 59)

"Oleh itu bertanyalah kepada orang2 yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui.." (Surah An-Nahl: Ayat 43)


Aku bkan ler best sudent dan tau sumer benda...sila2 la betulkan aku kalo aku silap...


Feel free to refer kepada reference aku yg aku ada sebut sbl2 ni...kalo nk tanya lagi sila comment..


Sila postkan/sebarkan link kepada post ni jika anda sayangkan fellow saudara korang yg percaya sgt kepada benda2 gini....


Selamatkan Jepun...dan Selamatkan jugak saudara2 kita daripada ditpu oleh syaitan2 yg bertopengkan manusia....

Islam itu benar...dan Islam x perlu kepada penipuan utk membuktikan kebenarannya..


Wallahua'lam...

Sunday, March 13, 2011

Akhirnya Berakhir Utk Kami..


Recently, aku rasa malas utk updae blog...heika da mle tyer bila aku nak update...so mintak maaf byk2 lah..sbg sebagai seorang manusia yg dah ler x sempurna, pemalas plak tuh, aku kena ngaku la, yg aku mmg hanya menerukkan diri sendiri jer..

Still, aku masih lagi malas nk update..aku nk post photo2 yg aku tangkap jer...n citer bnde2 yg aku lihat daripada muzaharat (demonstrasi) di depan Universiti Sanaa' a.k.a. Medan Perubahan..

Aku x tgkap byk sgt...so, mintak maaflah kalau x puas menatap gambar2 yg aku post..


20 Februari 2011



Penduduk lokal yg berdemonstrasi di hadapan Universiti Sanaa' (yea...ni mmg dpan universiti sanaa) sedang beresolat maghrib di atas jalan tar..

Start beberapa hari sbl tarikh aku ambik gamba ni, kedutaan dah kasi warning supaya jgn dekat dengan kawasan demonstrasi..tapi walaucamnerpun, since aku mmg slalu keluar duit kat cni, (takut nk try keluar duit tmpat lain...nnt kalo die telan kad aku mmpus..) terpakse gak;ah lalu..

Skali tym tu, di tengah2 jalan tu, ada sorang mengumandangkan iqamah lalu majoriti pendemonstrasi pun menstraightkan saf masing2 di tengah jalan...

Yeaahhhh..di tengah jalann..

Aku dengar, ada skali beberapa hari lpas (dari tarikh aku post ni..mungin selang 1 atau 2 minggu lpas) seluruh kawasan Dairy Street bermula dari dpan Universiti Sanaa' hingga la ke Jaulah Qadisiah (korang mesti x dpat bayang kan? muahahahaha...lbih kurang 100/150-200 meter gitu la...) dipenuhi dgn orang utk menunaikan solat jumaat...

You cant see that in Mlaysia....Kalo kat ngare kite, xde pasalla nk solat di tengah2 jalan beramai2..

Tch...nyesal aku x dtg jumaat hr tuh..


Tapi ketika ni, demonstrasi hanya di hadapan Universiti Sanaa'..belum merebak ke mana2


2 Mac 2011

Instead of poster2 iklan, papan tanda besar di dpan universiti Sanaa' ditampal dgn perkataan "Irhal!" (makne nyer, "Blah arr!!")

Kawasan hadapan U. Sanaa'..penuh ngn orang..

Khemah2 orang2 yg bermalam di sana utk berdemonstrasi..tiada erlintas utk pulang melainkan dgn kejatuhan Ali Abdullah Salleh..

Satu lagi khemah yg ade poster anti Presiden..

Err...Stesyen Teksi yg terpaksa dipindahkan agak jauh dari tempat asal kerana dipenuhi orang yg sdang berdemonstrasi..

Cuak abis...aku senyap2 jer ambik gambar sumer ni sbb takut dihambat atau dilontar ngn batu or kne pkul ngn kayu sbb amek gamba...

Anyway, aku ambik gamba ni ni masa tym balik dari kelas yg terpaksa dicancelkan sbb lecturer sorang pun x datang...

pelajar lak, x smpai 20 org datang..

kelas hafal Quran, sorang jer datang..lolololololololololol (mmbe aku jer..ngn arab2 skali x dtang)

keadaan tu berlanjutan...both lecturer dan pelajar menyertai gerakan utk menjathkan Presiden..yelah...33 tahun memegang tampuk pemerintahan...dah la xde kemajuan..Yaman Selatan yg banyak menyumbang pulak x dapat apa2 daripada sumbangan diorang...padahal buah-buahan dan bermacam2 hasil lagi (cam daun Qat, yaman pyer legal drug) kbanyakannya dari Yaman Selatan..

Ada mmbe sekelas aku yg aku jumpa kat sana yg kata "tiada belajar ataupun pelajaran, selagi dia (PM) x turun"...

Stengah mmbe aku kata, perbuatan die tu reckless...tapi somehow bagi aku, bkan snang nk devotekan diri ni utk berjuang...

Somehow, aku dengki dgn semangat dia...

ketika ni, demonstrasi dan khemah2 diorang dah merebak hingga ke jaulah qadsiah (yg aku citer td)..keadaan maih agak aman...tapi semakin meruncing


12 Mac 2011

Aku semangat nk datang kelas....sbb aku dga citer dari membe aku yg lecturer Theology ngn Quran slalu datang...tapi akhirnya....

>__>

Ye..tu kelas aku...sekor pun x datang...

huu...x gne tul...akhirnya pak guard memberitahu aku yg kelas xde dan kitorang dapat cuti 2 minggu..

dan ketika aku sampai ke tempat aku slalu tunggu van utk pulang ke rumah, aku sempat rakam vid nih...enjoy...




dsbbkan aku curious, aku ikut diorang...bkannyer ikut tengah2..aku tgk dari jauh la...

gile korang...ni peristiwa yg akan tercatat dalam sejarah kot...

to my amazement, jalan yg kire aku jarang jugaklah lalu..dah disekat oleh tentera..setengah jalan dah disekat dengan tembok...aku terpaksa ambik jalan jauh melalui masjid yg x jauh dari rumah lama aku aku (rumah first aku dduk masa aku mula2 sampai dulu)..sekali lagi aku tekejut..

Loh...sini pun diorang nk wat tembok gak? Aku slalu jalan cni utk gi masjid dulu

Aku teruskan berjalan utk melihat kawasan rumah lama aku iaitu jaulah qadsiah...hmm...korang tgk jerla...

Haa...ni ler jaulah qadsiah...yg aku pnah tinggal kat sini dulu...skang dipenuhi dengan org yg berdemonstrasi..

Aku nak pergi masuk utk tengok..tapi aku takut kene tembak ke ape...(sbl ni dah ade kes org mati dan tercedera....) So aku terpaksa kecewakan hati yg membuak2 dengan rasa ingin tahu ni..

Disebabkan jaulah qadsiah tutup, tiada bas atau van yg available..ni gambar yg aku tgkp masa berjalan mencari van..

Polis yg berpakaian macam CT forces dari Counter Strike sedang menjalankan tugas...di belakang diorang terdapat 2 lori yg dilengkapi ngn machine gun...


satu lagi gambar diorang..cuak siot tngkap gamba ni...kang x pasal2 aku kne marah ngn tentera tu


Sejak hari tu, aku x pegi dah ke kawasan tu..


Hr ni

Sori, hr ni xde gamba...

Selain daripada masalh2 yg di hadapi Ali Abdullah Salleh, PM Republik Yaman..Masalah dalaman jgak berlaku di antara aku dan bdak2 aku,,Slen tu, ade jgak masalah antara Persatuan pelajar Malaysia (PERMAYA) dengan seorang yg x deketahui identitinya yg selalu menghantar surat layang mengutuk exco2 dan org besar persatuan (yg die sendiri mintak tolong demi utk menyelamatkan diri die daripada menjadi mangsa keganasan orang arab jika berlakunya perang nnt...)

tapi perkara akan selesai soon enough...Mantan Presiden kitorang (bkan ali salleh ye? Mantan presiden persatuan...kata, xyah layan ler mamat yg dikenali sbg "John Labu" tuh (korang boleh sila-silakan cari nama tu di facebook..kalo korang nk tengok org ngaji agame di overseas tapi hantar surat layang mngutuk org ngn perkataan2 yg x sepatutnya macam mane..) Sbb die kate nnt die diam ler...

Ahli persatuan ramai giler yg panas ngn die...tapi die x tnjuk muke la...takut nnt ade gak yg mati bkan sbb demonstrasi..huhuhu...



Anyway, hari ni, keputusan dah diumumkan, kitorang akan dapat balik Malaysia pada rabu nnt...

aku dah mula kemas2 barang..walaupun had kilo yg leh bawak x byk, aku rasa aku cuba sedaya upaya jugaklah utk bawak sesuatu utk ahli keluarga yg menunggu kepulangan aku di tanahair...


mmg betul ler aku hampir lepas dari kebahayaan di sini...tapi aku pasti masalah lain menunggu di tanahair..


So until my next post..

Wallahua'lam....