Wednesday, August 27, 2014

Monochromation

Bismillah.

Maka Alkisah sebuah negeri di tanah besar China, di perintah oleh seorang maharaja yang adil lagi saksama di zaman pemerintahan dewa-dewi yang zalim. Maka sayogia murka dewa dewi kerana keadilan maharaja tersebut lalu diserangnya kota tersebut.

Akan tetapi, dengan kekuatan sakti zirah Phoenix, maharaja tersebut mengalahkan dewa dewi itu satu demi satu. dalam saat mencemaskan itu, turnlah raja dewa dewi, Tian namanya. Maka dengan bantuan Tian, dibunuh maharaja itu, dan kotanya ditawan. Putera raja negeri itu pula mati ketika pengepungan.

itulah sedikit sebanyak hikayat dongeng bertajuk Feng Shen Ji yang boleh didapati di mangahere.co dan masih lagi ongoing. Art yang amat epic dan cerita yang memang best..

Ketika chatting dengan seorang kenalan di laman Facebook, dia memperkenalkan aku kepada komik ini. Aku memang peminat komik Hong Kong, walaupun bukanlah fanatik tapi aku memang mengikuti komik2 seperti Wira Tunggal, Pedang Setiawan, Senjata Misteri dan beberapa lagi judul yang lain. Feng Shen Ji, memang menyeronokkan untuk dibaca. walaupun setakat ini, tiada plot twist yang hardcore, akan tetapi, aku puas hati dengan kisah pengembaraan begini.

Jadi, beberapa hari lepas, aku berfikir untuk menukar nama blog ni. DestinyPhoenix was such a giveaway. Ramai dah yang kenal. jadi aku ingin mencari nama baru untuk blog aku.

Jika anda pernah membaca blog ni sebelum ni, aku suka memilih kombinasi warna monochrome untuk layout blog ini. Sehingga sekarang, hitam dan putih adalah warna kegemaran aku.

Jadi aku pun teringat akan nama sebuah kekuatan sakti dari komik feng shen ji.

MONOCHROME!

hoo..bestt..aku sukaa! Kekuatan sakti yang menghilangkan warna daripada yang hidup. Menukarkan hidupan yang penuh warna menjadi bangkai yang pucat. hohorr..

tapi aku bukanlah Tian lol...

Walaupun begitu, skema warna monochrome adalah skema warna kesukaan aku. Jadi, untuk catitan-catitan di atas helaian muka-muka monchrome, aku namakan semula blog ni, "Monochromatic Chronicles" (MC).


Walaupun begitu, aku mengharapkan catitan2 di muka2 pucat ini ada menjadi manfaat kepada yang lain. Aku juga ada bercadang untuk menulis dairi personal di blog yang lain. MC akan menjadi tempat aku melontarkan pendapat aku.

Aku ada test lepas ni, jadi aku kena study. lepas aku rehat sekucupnya, aku akan menulis lagi, InsyaAllah..

Wallahua'lam..

Monday, August 25, 2014

Reopening Post

Bismillah.

Ni Post ke-2 untuk pagi ini.

Nyatanya, blog ni xdelah apa pun jasa kepada Agama. cuma lontaran2 fikiran aku yang terpendam yang tak mahu didengari oleh orang lain (selain daripada Ayah aku yang sentiasa berminat..barakalluhu fih)

dan..uhh..ape yang perlau dikakatan? err.. Bismillah, DP89 column is back online..yeay!

account blog ni baru ditukar dan header blog ni pun dah hilang (ketika post ni ditulis).mungkin perlu tukar nama..nantilah aku fikirkan. Tapi walaupun takde apa yang menarik, aku tetap nak meneruskan blog ni. Aku akan cuba Istiqamah untuk menulis. Sekurang2nya, ada tempat yang tidak menolak aku, walaupun sikit shj org yang mengikuti blog ni.


Dan tiada daya atau kekuatan melainkan dengan Allah, Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.

Wallahua'lam.

New Beginning

Bismillah..

It has been a very long time. Semenjak aku tinggalkan kerja mengajar di MTQ dulu, aku tak pernah menulis blog lagi. x pernah terfikir utk membuka lagi laman blogspot ni. Akan tetapi, bila membaca post blog pensyarah aku tentang pasar Loken, Ipoh. aku teringat untuk kembali ke satu2nya laman yang aku tidak berajsia dengan sesiapa tentang diri aku.

Nyatanya, aku sentiasa berahsia tentang realiti, yang jalan hidup aku berlainan daripada orang lain. Aku bermula di sekolah rendah biasa, kemudian belajar 6 tahun di Tahfiz. kemudian merantau ke negeri orang selama 2 setengah tahun. Bagi bangsa tullabul-ilm ataupun soceity pelajar agama, aku adalah normal.

Akan tetapi realitinya berlainan di sisi non-tullabul ilm. Bagi orang lain, yang nyatanya, kami adalah ancaman. Kami adalah extra terrestrial yang tempatnya di langit tinggi, bertapa di dalam cakera2 perak yang anti graviti. satu kaum yang tidak mudah didekati, dan menjadi potensi pelbagai bahaya.

Nampaknya seakan aku melampau2 dalam mendefinisikan pandangan manusia terhadap kami. Akan tetapi, setelah menjadi imam Tarawih di UiTM baru2 ini, aku nampak jelas benda ini berlaku. Selama mana aku tidak menzahirkan sifat talibul-ilm aku, orang lain di sekeliling memandang aku dengan pandangan normal. akan tetapi sebahagian daripada mereka berubah apabila mendapati, aku ni, "lain" daripada lain..

Ternyata, menjadi graduan pelajar agama bukanlah senang apabila ingin mengasimilasi dengan kehidupan masyarakat biasa.

Kepada sesiapa di luar sana, yang teringin nak menjadi Ustaz, aku ingin ingatkan. Gelaran itu berat, seperti berat tanggungjawabnya. Janganlah ingat Ustaz itu, satu gelaran yang glamour dan satu publisiti murahan untuk mendapat tempat dalam masyarakat. Yang menerima gelaran tu, akan menjadi pemegang panji Agama di bumi kita. Dan panji agama, bukan satu permainan.

Jika anda tak bersedia, JAUHKAN diri dari gelaran tersebut!!

Cukup jadi seorang guru, atau seorang kerani, atau seorang peniaga di pasar malam. Jangan memandai nak memakai gelaran tersebut selagi ilmu penuh di dada, dan amal bersebati dengan diri. Ukur baju badan sendiri. Sudah cukup Islam diherdik kerana gagalnya masyarakat tullabul-ilm. Inikan pula ditambah dengan non-tullabul ilm yang ingin berlagak sebagai pemegang panji2 Islam.

****
Malam ni hujan.

Ya Allah, dengan berkat hujan-Mu, di sepertiga malam terakhir ini aku berdoa.
Kirimkan selawat serta salam ke atas junjungan mulia Muhammad Sallalhu ailihi wasallam.
Kirimkan kasih sayangMu keatas ibu bapaku, sepertimana mereka mengasihiku.
Kirimkan keberkatan dan rahmat kepada Guru-guruku, dan para Masyayikhku.
Berikan petunjuk kepada sekalian yang aku kenali
dan Taufik dan HidayahMu kepada sekalian yg bukan Islam.

Ampuni kami sekaliannya ya Allah.
Rahmati kami sekaliannya ya Rahman,
Pandukan kami ke JalanMu ya Rahim,

Dan sampaikan kerinduanku kepada "dia"
Berkati dan rahmati hidupnya,
Jika dia bukan utk aku, maka jodahkannya dengan yang soleh,
Jika dia utkku, maka pandulah kami berdua.
sungguh kau lebih mengetahui yang jelas lagi mengetahui apa yang tersembunyi.

Aku lemah ya Allah, kuatkan aku.
Aku sesat ya Allah, pandulah aku.
Aku sakit ya Allah, sembuhkan aku.

sesungguhnya
"apabila aku sakit, maka dia yang menyembuhkan aku." (26:80)
"dan dia mematikan kemudian menghidupkan aku" (26:81)
"Dia yang aku harapkan keampunanNya pada Hari Pembalasan" (26:82)
"Berikan aku kekuatan, dan jadikan aku bersama orang-orang yang Soleh" (26:83)


Amin ya rabbal alamin..



Wallahua'lam..