Bismillah...
aku mulakan post ni dengan meminta petunjuk dari Allah dan taufikNya supaya hati aku y'all yg mmbaca juga tetap hatinya...n dihindarkan diri dari kejahatan Syaitan...serta dianugerahkan kefahaman terhadap hikmah2Nya yang bertaburan di serata alam ni...
timbul satu persoalan ketika aku mendengar rakaman khutbah jumaat yang disampaikan oleh syeikh Ali al-Qarni, yang menyebutkan ttg ''syaitan takutkan Allah''...
so....apekah AGAMA syaitan sebenarnya?
hmmm...pernahkan anda terpikir ttg bab ni?
now here's teh answer...agama yang tertulis di IC syaitan tu, ISLAM...
hah...mereka cerita ke aku? TIDAAK...aku akan sertakan dalil2 dar ayat2 alQuran yang berkaitan dengan bab ni....
pertama2, secara ringkasnya, samada anda seorang kristian, ataupun seorang Islam, pastinya kita tau yang yang Satan pada asalnya adalah satu makhluk dari golongan jin yang beribadat dengan sehebat2 ibadat sehingga dia menjadi ketua malaikat...
aku juga baca, Azazil (nama syaitan yg asal) juga dinamakan sebagai Lucifer atau juga dinamakan sebagai Helel iatau bermakna ''bintang yang terang''..yang mana perkataan helel itu derivation daripada perkataan ''hilal'' drpd bahasa arab yg juga memberi maksud yg sama (sila betulkan kalau salah)...
so, dari situ kita faham, yang disebabkan kehebatan amal dan ilmunya, syaitan tu diangkat menjadi ketua malaikat..hinggalah dia derhaka lalu dicabut pangkatnya lalu menjadi makhluk terhina di alam jagat ni....tu cerita typical...almost everyone noes dat...
now....ada beberapa perkara menarik yang berlaku yang aku dapati...
ketika mana Syaitan menderhaka kepada Allah, dia BERDOA..
membuktikan bahawasanya dalam keadaan dia sedang menderhakai Tuhan skalipun, dia masih memahami yang tiada siapa yang mampu mebuat sesuatu, kecuali Allah yang izinkan....
''dia (syaitan) berkata: Wahai Tuhanku, tangguhkan aku (jangan azabkan aku) sehingga hari mereka dibangkitkan'' (surah al-Aaraf ayat 14)
Yusuf Estes pula mengatakan: '' he didnt ask to arock at stick or a bone...''
so disini kita lihat yang hatta Syaitan pun mengerti yang tiada daya dan upaya melainkan dari Allah....
manakala kita sebagai makhluk pulak. diberikan kekuatan untuk membuat pilihan dalam hidup...and Allah is the one that mkes it so....
kemudian, poin yang kedua...ketakutan Syaitan terhadap Allah...
anda pernah menghadapi atau merasai gempa bumi?
Syaitan nampak lebih dari tu...disebabkan dia makhluk dari dimensi yang berlainan, apabila tiang2 Arasy bergegar..sudah pasti dia boleh lihat...bahkan syurga dan neraka pun dia dh tgk...
apabila dia berjaya menyesatkan seorang anak Adam, cuba lihat apa katanya....
''seperti perbandingannya Syaitan ketika dia berkata kepada manusia: ''kafirlah kamu''. maka tatkala kafir manusia itu dia (syaitan berkata) ''aku berlepas diri dari kamu. sesungguhnya aku takutkan Allah, Tuhan semesta Alam.
maka adalah kesudahan bagi kedua2nya (para munafik dan syaitan) sesungguhnya mereka di dalam Neraka. kekal mereka kedua2nya di dalamnya.......''
surah al-Hasyr: ayat 16 dan 17
yanbg membuktikan bhwasanya Syaitain AMAT BERIMAN KEPADA ALLAH TAALA.....
tetapi....
dia MEMILIH SENDIRI JALANNYA KE NERAKA....
TIADA KETERPAKSAAN....
Betul..Allah jadikan dia sebagai wakil kejahatan di atas muka bumi...tapi tetap dengan pilihannya sendiri....
sebab dalam masalah Qadha' dan Qadar...kita sebagai seorang Muslim hendaklah percaya yang Allah taala memberikan ''kuasa memilih'' kepada manusia...
''maka Kami ilhamkan kederhakaannya dan ketakwaannya. maka berjayalah orang yang (memilih) utk menyucikannya (yakni jiwanya). dan merugilah orang yang mengotorinya'' (as-Syams: ayat 8 hingga 10)
lalu kemudiannya Allah taala mennjadikan perlaksanaan terhadap pilihan kita tu...(sebab tu adanya perhitungan di hari akhirat...kerana menghitung keputusan manusiaa tu dalam hidupnya)
dan kadang2 Allah juga x mengizinkan pilihan tu tak terlaksana...tapi thats another story...
kesimpulannya..
aku nak mengingatkan diri aku dan yg lain tentang perkara2 berikut:
berapa banyakkah kita bergantung kepada Allah?
benarkah hanya dengan mengenali Allah boleh masuk syurga walaupun dalam kita meninggalkan bayak suruhan Agama?
Syaitan takut kepada tuhan...kita?
Syaitan juga beriman dengan Allah seperti kita...akan tetepi dia masuk neraka selama2nya.....kita? tak mustahil beb...kalau syahadah kita tak terlaksana dengan betul....
soalan berikutnya..datang daripada Allah..
''maka kemana kamu hendak pergi?'' (at-Takwir 26)
ke neraka ke kita, bersama syaitan....
atau ke Syurga?
the choice is ours to make....
semoga Allah melindungi kita dari Syaitan yang direjam....dan mengumpulkan kita bersama ahli Syurga..insyaallah
semoga post ni memberi manafaat dengan izin Allah taala...
segala teguran amat dihargai....
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment