Thursday, September 11, 2014

Salvation bukanlah kepastian, hanya disebabkan Ilmu

Bismillah.

Aku mulakan mengarang post ni dengan hidung yang basah. Walaupun dah menjalani rawatan resdung beberapa minggu lepas, mukus di dalam hidung aku masih lagi banyak. teruk agaknya resdung aku ni. harap2 kesusahan yang aku terima disebabkan resdung ni, menghapuskan dosa2 yang ada, walaupun aku taklah rasa keperitan membuang hingus tu boleh menampung kecatatan amalan aku.

Hujan dahpun lama berhenti. Mulanya cadang utk pergi ke kelas lewat, tapi sudahnya, aku terus melepakkan diri di kedai mamak, menggunakan wifi utk menghabiskan masa aku yang patutnya boleh digunakan untuk melakukan perkara2 yang lebih berfaedah seperti buat assignment atau lainnya. tapi disebabkan  kedai ni memasang Surah Al-Baqarah bacaan Saad Bin Said Al-Ghamidi, kiranya, buta2lah aku dapat pahala..

bagus tul, semoga Allah memberkati tuan kedai .

*******
Walaupun sebagai seorang yang lahir daripada kalangan masyarakat yang hampir dengan Agama, aku tak terelak daripada dosa2 yang tak sepatutnya. Meninggalkan Solat contohnya, bukanlah satu dosa yang patut dipandang ringan,  malah, dosa menggalkan solat tu, sudah lebih kurang saja dengan abadi di dalam Neraka Jahnnam. tak perlulah dicari berapa ratus ribu tahun kerana masanya kalau dibanding di dunia, sudahpun bagaikan mati hidup semula sebanyak berjuta2 kali.

Akan tetapi, ia bukanlah satu benda yang senang dibiasakan melainkan seorang itu sampai ke makam atau tahap tertentu dengan jalan hardship atau dikenal dengan mujahadah. Nyatalah aku adalah seorang yang lemah dan hampir tak berupaya meniti jalan mujahadah tu.

Mengingatkan aku yang walaupun dengan Al-Quran yang aku hafaz, dan ilmu2 agama yang aku dapati sepanjang kembara aku tidaklah tentu cukup untuk menyelamatkan aku daripada kecelakaan. Aku bukan ulama, akan tetapi si-alim Bani Israel juga ditelan bumi kerana seorang perempuan hingga dihina oleh Allah "maka perumpamaannya bagaikan seekor anjing.." (Surah Al-A'raf: 176) . Barsisa juga kalah dengan godaan nafsu dan ramai lagi tullabul-ilm, huffaz dan masyayikh yang tenggelam dalam ekstasi bernama Dunia.

Aku juga mula bertanya, selalu dikatakan, seorang tullabul-ilm itu, sepatutnya berkahwin dengan seorang perempuan ahli dunia, semoga dia boleh menyelamatkan si dia daripada murka Allah. Benarkah? padahal aku arsa dengan hafaz Al-Quran dari kulit ke kulit pun belum tentu boleh menyelamatkannya daripada murka Allah kepada dirinya, masakan dia boleh menyelamatkan orang lain..??

Padahal Allah swt, sendiri menyatakan supaya tiap seorang mesti menyelamatkan dirinya sendiri, "Wahai orang-orang yang beriman, selamatkan dirimu dan keluargamu dari Api". Bukankah boleh dikatakan di sini, yang kewajipan menyelamatkan diri dari api neraka tu, lebih penting daripada menyelamatkan keluarga dan yang lain2nya? kalau seorang yang tak mampu, maka menurut ahli2 sufi, dia hanya akan menjadi mudharat kepada dirinya dan orang lain.

Jadi, utk aku, sepatutnya aku lupakan saja untuk menyelamatkan orang lain dari lidah Api, dan menumpukan mujahadah kepada diri sendiri.

Kelaziman bagi tullabul ilm atau huffaz untuk tertipu dengan ilmunya sendiri. tertipu dengan kemuliaan dan keagungan selendang dan cincin ilmu yang dipakai, padahal terlupa yang di dalam perut, masih lagi menyimpan tahi. Dan kalau akhirnya kalau kami hanya kembali ke Neraka, bukankan anjing dan babi lebih mulia daripada kami?

Walaupun gitu, selain daripada melalui jalan mujahadah, belajar dan beramal, xdelah cara lain lagi yang boleh mencapai kepada keredhaan Allah dan keselamatan daripada Api Neraka.


post ni, aku cuma mahu ingatkan yang, semua orang berpotensi ke neraka. Aku, kalian, ustaz, huffaz, koprat, guru mahupun murid, x kira siapa, kalau manusia atau jin lah namanya, pasti boleh ke neraka.

Doakanlah aku supaya mendapat kekuatan untuk bermujahadah. Aku jugak akan mendoakan kalian yang sama...

Wallahua'lam.

****
Oh, aku dah buat page di facebook. Agak awkward nak letak update blog aku di personal page aku jadi aku buatkan satu supaya orang lain boleh keep updated.

Saja2 je buat. rasanya, aku x harapkan sangat likers yang ramai..tapi kalau Allah izinkan, ape salahnya xDD

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment